Tuesday, August 23, 2011

"SUDAH KAH ANDA MEMBAYAR ZAKAT ??"







cehhh..entry aku tu macam ayat ayat kat papan tande tepi jalan je kan ? memang pon . AHHA .
tp korang jawab la.. dah bayar ke belom ? aku belom .EHHE . . memang nak bayar pon . Tp tak reti nak bayar cam ne .. (mcm la tak boleh tanye org kan..? gedikkk !)  yela first time ni nak bayar sendiri . aku nak bayar sendiri punye dan nak bayar kan mak aku punye jugak . aku kan dah bekerje , so kene la bayar sendiri . takkan nak harap kan orang lagi kan.. lagi pon bukan nye kene bayar tiap tiap hari pon kan .. setahun sekali je.. lagi pon bape sangat la..

"Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah."



Syarat Wajib Bayar Zakat

  • Islam - Zakat hanya dikenakan ke atas orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambilkira untuk zakat.

  • Merdeka - Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul persoalan hamba abdi masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib berzakat.
  • Milik Sempurna - Harta yang dimiliki mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Pemilik juga dapat memperlakukan dan memperolehi manfaat daripadanya.

  • Cukup Nisab - Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan. Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa. Nilainya lebih kurang RM 4600 (bergantung kepada harga semasa emas)

  • Cukup Haul - Cukup haul bermaksud genap setahun harta disimpan.



* hari ni nak pegi bayar zakat la,..tak nak la lambat lambat kan . .minggu depan nak raye dah. yeay !!

No comments:

Post a Comment